Cina's FotoPage

By: Cina Berkat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 14-May-2009 11:16 Email | Share | | Bookmark
Stockholm 4th Day

halgren sport tempat aku beli barang
Al madinah Moske Stockholm
Kat Boot seing hotel
View all 4 photos...
Salam..

Wow... Dah lama rupanya aku tak update aku punya fotopages nie..
Haha.. memandangkan keadaan aku sekarang nie, so apa kata aku update aku punya fp.

Actually aku skrang kat alsvjo, stockholm dah hari ke 4 kat sini dalam keadaan boring..
Yer la sepatutnya aku ada exhibition tetiba admin exhibitor inform aku x leh masuk since my co. bayar utk social programme utk Security Printer System Integraf 2009. So, keciwa jugaklah. By the way, boleh jalan2 mcm2, kat stockholm.

1st day, pegi jalan2 area stockholm and makan di Kebab Restaurang..
Bahasa yang belajar - Utgang - Keluar, Ingang - Masuk, God Morgon, Selamat pagi,
sodetalje - sodelalia

2nd day, aku pegi jalan2 kat stockholm sodra which swedentorget. and jalan pegi moske stockholm, makan kat almadinah and jalan cari tempat beli aksesori basikal. Makan malam tu la tadi

3rd day, aku jalan sesorang since my click dah masuk meeting, jalan pegi beli barang basikal, aku jumpa mamat tua swedish and very friendly. Beli Saddle.SEK 239 = RM 120. Pastu hon aiskrim and juga spoiler basikal kot.. bukan spoiler tak ingat aku apa tapi kat atas roda. basikal belajang dan depan. SEK380 = RM190.
Makan McD Aiskrim aje. Mc Fish taktau ok.. Tapi kaki dah sakit. Pastu Gamla Stan, Hard Rock Cafe dll. Balik makan kat Jerusalem Kebab area Medborgerplatsen T-Bana, dia punya tubelaa... area Moske (mosque)..Clik belanja SEK80 = RM40 sekali makan.

Oklah, nie aku nak pegi hujung2 area pantai sweden. tengok camne. sini sejuk dalam 6 - 11oC tapi 20-30km/j angin, tu yang sejuk bangat2 tu.

Nasib baik tau apa kena buat utk diriku.. Utk membangun negara yang tercinta perlu ada ilmu. So kat sweden nie kena cari ilmu tu

Rindu kat Qimi and Uminya sngat2, and rindu sahabat 9 penjuru dunia...
Juga Sahabat 5 Pendekar...

Salam buat sesiapa membacanya


Tuesday, 22-Jan-2008 21:58 Email | Share | | Bookmark
To Boston with one purpose - Get MYO4 Authorised Agent

Salam.....

Hari terakhir sebelum bertolak ke Boston betul2 memeritkan 22/1/07 Hari Selasa. Mana taknya, aku kena setel banyak benda sebelum siap2 ke Boston. Pagi2 aku dah terus pegi ORM Meeting kat Putrajaya JIM TKT 5. Sampai2, start pukul 10 -12. Then, terus aku pegi KKM nak register Tambah bidang. Pulak tu nak kena parking kat Area Atas.. sebab parking sebelah line putih kena saman. Aleh2 aku tukar tempat letak kete, no. aku dah lepas. Kena que balik. Aku que sampai pukul 1. Semalam aku tido 3.30pagi lepas setel sume barang n bawa balik ke terus ke ofis. Lepas tu singgah rumah mak abah amik mana2 baju yang tak setel. Pegi TARGET, then En Razi minta print using CP400 untuk check Poly card and PVC card. Print hotel and also print map boston. Aku dah le letak lintang pukang utk CP400 tu. Time tu jugak, aku pegi bank bayar Kod Bidang and pegi bank tukar duit RM600. At last aku dapat setel jam 6.00 petang dan terus balik. Pinjam dari Faizal, plug converter dia. Balik2 cari baju and lepas maghrib terus siap2 ke KLIA. Pulak tu, aku nak pinjam dari Fakhrul baju and also camcorder dari Nizam. So, amik baju kat Fakhrul and tunggu Camcorder dari Nizam. Aleh2 Zari yang hantar and dia hantar lambat. Flight aku kena masuk 11.25. so, 9.25 dah kena siap2. So dia sampai pukul 9.30. Aku pegi dalam 9.50 sampai. 10 masuk and check in and makan MCD dengan Hafiz checkin sume benda and naik flight dengan Helmi UM. So, tetiba nak naik train tu, aleh2 dengar nama aku and nama Helmi stewardess umum. Terus berlari lah aku and Helmi. So, sampai kat KLM masuk dah penat termengah2...Flight pun berlalu and aku pun tertidur bersama PS aku..

So, sampai kat Amsterdam and dapat tahu flight aku delay. Nasib baik KLM bagi compensation Euro 10 bentuk voucer utk beli makanan. Aleh2 tanya orang cakap nak keluar Amsterdam kena pakai visa..so aku tak keluarlah).Tunggu dari 8 pagi sampai 11 pagi delay. Dah lah international soket yang aku pinjam tak leh guna. so, aku duk aje sambil menelaah EMG Myo. so, pukul 11.00pagi and sampai kat sana pukul 4petang waktu Boston. Aku dah sms inform Devi flight delay at Amsterdam..

Anyway sampai aje aku call and Devi called Helmi informed that training postponed to tomorrow..So, aku sempatla jalan2 dengan Helmi pegi Quinny Market depan Harbourside Inn Hotel. Cab US22 and 7-11 US5 Beli air and coklat. Punyalah sejuk giler -5oC.... Aleh masuk2 and cari 7-11. And balik terus boomm..... Penat 24 jam dalam flight..


Friday, 11-Jan-2008 13:53 Email | Share | | Bookmark
A Good Person Start from Me...... also from Iha & Qimi..

Elisa sejuk
Elisa mcm nini
Elisa Brother Bear
View all 6 photos...
Salam..

Hari nie hari yang banyak aku setel perkara2 yang penting.

1) Pagi - Setel KWSP SFSB. Then pegi ke Putrajaya, submit Bumi status kontraktor
2) Tengahari - Solat laaa.....
3) Petang - Jumpa 3 panel bank. Al Rajhi bank - Satya, CIMB - Faimi, B Islam - Azlan..
Pasal kes rumah nak beli la nie... At last aku kepenatan... Al Rajhi kat Ampang, CIMB kat Setiawangsa. B. Islam - dia jumpa aku kat Ampang Point...

So, esok nak jumpa My Qimi... Rindu pulak rasa.. Tapi tanggungjawab sebagai pekerja dan pengurus diri sendiri kena teruskan juga.. Tengok gambar dalam fp kak nor.. Nampak muka elisa... Muka elisa dah mcm nini.. Hiihihii...Comel nyerr.r......

Qimi hari nie Iha cakap selesema.. Then, baru aku tau mcmane my mom and dad bela aku kecik2 dulu.. Pagi tadi terkesan sikit bila tengok Barrack Obama cuba jadikan US negara yang baik (dalam propaganda dia la to become US President). At the end of the time, dia cakap semua kena bersatu utk cari nilai-nilai kekeluargaan.

For what purpose kita nie berpecah. Just for individu... Contoh. Umat Islam bersatu stp Jumaat tak kira hujan. sanggup solat jumaat. But, lepas solat terus berpecah....ada team A ada team B. At the end, masalah di tengah2 kehidupan makin banyak.... Hari nie ada budak 5 tahun hilang lagi.. Mcm kaunselor pulak aku nie..

Ok stick to the point. Esok nak balik kg tgk Qimi. Then, minggu depan setel MOF Bumi. Minggu depan Qimi30 hari. minggu lagi satu go to Boston...hihihi..teringat boston teringat the rock dalam citer dia yang meletup sekarang sebagai dady yang baik... Better tengok cite tu. Kira menyentuh jiwa aku tu dah tahap bagusla tu..

Oklah....Need to bagi ceramah kat budak-budak sekolah malam nie...Harap2 didikan yang diberikan menjadi kita berbahagia dalam menjadi insan berguna di alam ini..

Sematkan Asmaul Husna ( kena fahamlah kandungan2nya) dalam diri. Then, bila hafal asmaul husna, so bila Allah tu Maha Pemurah pada Kita, kita pun begitu pada orang ramai...(Mcm Al Bukhari)....Pastu Allah Maha Penyayang pada semua, kita pun kena penyayang.. Then bila kita dah terap 99 nama tu dan sume nama2 yang baik dalam hidup kita, di saat itu kita menjadi insan berguna pada orang sekeliling kita..

Renung2kan khusus bagi orang yang menulis ini.. javascript:smilie('');
javascript:smilie('');Hehehe.

Salam Awal Muharram 1429H buat semua....saudara... sahabat.....kengkawan.......



Monday, 7-Jan-2008 13:50 Email | Share | | Bookmark
20 day Iman Haqimi Creatures.

Qimi Pink
Tido Orang Kaya
Qimi Merah merah
View all 6 photos...
Salam... Aku penat sikit hari nie. Alhamdulillah. Baru lepas main futsal dengan group ofis aku.

Hari Sabtu 5 Jan 08 malam aku sampai terus peluk cium Qimi. Ambil barang2 yang isteri aku pesan. So 2 malam nie memang aku yang jaga Qimi lah. Bangun pukul 1 pagi, 2 pagi, 5 pagi. Satu je. Dia dah besar.. hihihi. And dia bila dah pukul 12 - 1 pagi dia akan tersenyum. So, aku baca Asmaul husna and surah 59, 60 yang aku hafaz la... Oklah tu.. Qimi ada lesung pipitt.. Hihihi..

Hari Ahad 6 Jan 08 pagi cam biasa. Cuma aku jaga lebih. Qimi buang air besar 1kali pagi pukul 4pagi. sebelum nie tak. Pasal susu pun dah kena tambah. Qimi dah besar..
Harap2 Qimi jadi harapan umi babah key...


Pagi2 tadi bertolak balik dari Kg utk kali ke3. Tinggalkan Iman Qimi. Sampai kat Sungai Buloh punya jem teruk. nasib baik dah solat subuh dulu. sampai ofis tepat jam 9.00 pagi after harungi jem 3 kali ( 1st kat Kuang, Second kat Sg Buloh, Third kat nak masuk Ampang). Pagi2, aku dah call commerce dot com. nak setel summit features punya kemaskini profil. Hangin aku asyik lambat je. At last berjaya jugak hasil bantuan mamat dari ecommerce tapi kena pi hantar document balik. Then pagi, settlekan bab training yang aku kena incharge kat Target. Resubmit balik proposal. Kena wat balik. Last2 time pukul 12.30 tgh hari tu, kebetulan ada budak junior nak ikut pi tanya KKM. Bos Poji pun nak ikut setelkan pasal training dia ICAO kat Sarawak.At last, aku pi setel aku punya KKM. Lagi aku hangin hari nie ada ke orang KKM cakap, kena bawa akaun punya signature padahal dalam borang takde. Aku pulak bawak bank statement. Kejadah aku balik pi Ampang nak balik ke Putrajaya balik. Dia minta benda lain pulak. Aleh2 aku hangin . Cakap tadi takde ape2, aleh2 aku dah sampai minta benda lain. Last2 dia tolong print sume benda aku balik. At the end, setel. Tunggu 7 hari. Pukul 4 baru setel. terus aku pi balik jumpa mak ayah aku bagi duit sikit. Then, terus pegi futsal..

hari nie agreement dengan bro nizam beli rumah.. kena bayar 2% rumah RM4860 esok kat Petaling Jaya... Dah prepare nak beli rumah.. Hihihi.. Mcm banyak duit aku .. Harap2 rezeki bertambah... Insya Allah bulan nie bonus...Malam nie nak hafaz balik surah 79.......

Key... Jumpa lagi pada hari ke 30 Qimi


Friday, 28-Dec-2007 14:49 Email | Share | | Bookmark
9th Day Iman Haqimi Creatures....

Salam to all. Only sign on fotopages today. Hari nie pagi2 as usual, Iha dah kejut awal pagi. So, at least dah ok. Hari nie rush banyak benda. At first nak kena setel utk MOF Summit Features. So, pagi2 after dah siapkan sume terus ke Putrajaya.

Then, runner ke Bilik testing TARGET kat Putrajaya. Haha. Nak kena reshuffle sambil belajar ngan Jan how to remote PC at overseas. Cayalah.. Aku dah tau. So, terus balik and beli barang2 baby kat OU, Tmn Dgg. That the moment, my beloved wife dah prepare awal2 sebelum dia pantang di kampung with My Beloved 1st Baby, Iman Haqimi. Hihi... Insaf aku bila tengok Qimi. Moga aku dapat jadi abah yang terbaik pada Qimi. barang2 yang nak beli ialah wet tisu 4 bungkus, 1 kotak tisu, pastu lobak putih (Nie first time aku dengar. aku pun tak tau nape nak kena beli lobak nie. Ingat lobak merah je ada) and lastly pampers Mamypoko. Hukhukhuk. .Pening aku cari saiz S atau newborn..
Last2 aku tengok cite sesorang National Treasurer 2. Baguih betul Yahudi buat filem. Wa tabik sama filem. Tapi Yahudi (dalam bahasa Arab - orang yang mendapat hidayah). Tabik orang yang dapat hidayah tapi tak syok kat yahudi kat israel sana. So aku pilih Saiz S.

Masuk ofis petang la sikit. After dengar talk from En Razi pasal Toppan n pasal Bowling esok petang. then call my wife. Dia demam panas. Aku susah hati terus pastu sampai sekarang nie. Terfikir aku how dia nak mandikan qimi and all the things. terus aku sedih..
Iha... I will love you like Rasullullah love Khadijah.. thats call I. Khadijah..

Kejap nie, En Razi suruh aku pegi Sarawak awal muharam.. mati aku.. then, aku terus cakap my turn to go Boston is on that day. Nasib baik ok.. Alhamdulillah My God. Thank you. Terus dia cancel.

Anyway, I still worried my wife. Hopefully dia sihat. InsyaAllah aku balik after meeting tonight with Apit, Man and all 5 pendekar.

Haqimi.. You are the truly insan that I will care and teach you in ISLAMIC way.........


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net